Carian
Siri Samsung Galaxy A Baharu Tawar Pakej Lengkap Dengan Memori 16GB RAM & Kemaskini 5 Tahun
May 20, 2022 Amy Maizuraa

Tidak dapat dinafikan, lambakan peranti pintar yang pelbagai ciri dan fungsi terbina mendorong para pengguna membuat pilihan yang bijak. Bukan apa, ia bagi memastikan anda berpuas hati dengan peranti pintar yang dibeli, seterusnya mampu memberi manfaat besar untuk jangka masa panjang.

Jadi, apakah langkah yang boleh diambil oleh anda untuk menjadi pengguna bijak itu? Apa kata mari dapatkan siri Samsung Galaxy A baharu dan nikmati pengalaman prestasi hebat berpanjangan dengannya. Terdapat sehingga tiga model berbeza yang ditawarkan seperti Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A55 5G dan Samsung Galaxy A73 5G.


Lebih Efektif Dengan Memori Besar

Kami yakin anda pasti akan bersetuju sekiranya kami berkata kapasiti RAM pada suatu model peranti pintar adalah antara hal yang yang penting untuk anda. Ini bagi memudahkan penggunaan terutamanya bagi mereka yang gemar menyimpan gambar di dalam telefon pintar. Namun usah risau kerana kebanyakan peranti pintar hari ini sedia menawarkan ciri RAM maya yang akan membantu penggunaan yang lebih lancar.

Sama seperti barisan Samsung Galaxy A baharu yang turut menyokong kebolehan menambah memori secara maya menggunakan ciri RAM Plus. Jadi, pada dasarnya walaupun peranti-peranti Samsung ini mungkin dibekalkan dengan memori 8GB RAM yang dirasakan sudah cukup memadai bagi menyimpan pelbagai jenis gambar dan video untuk jangka masa panjang. Tetapi, memori ini masih boleh dikembangkan sehingga 8GB RAM lagi secara maya sekiranya diperlukan.


Boleh Mencapai 16GB RAM

Daripada jumlah itu, ini sekaligus membolehkan peranti-peranti berkenaan mempunyai memori mencapai 16GB RAM secara keseluruhan. Ternyata hal ini lebih menyeronokkan kerana ia bukan sahaja membantu untuk penggunaan peranti yang baik. Malahan, prestasi keseluruhannya turut mampu memberikan dimensi baharu dan keuntungan besar buat pengguna itu sendiri.

Misalnya, anda tidak perlu menghabiskan masa menunggu aplikasi dibuka. Sebaliknya, ia boleh dilakukan dengan lebih cepat termasuklah untuk aplikasi mudah-alih yang berat. Ini sangatlah bersesuaian buat para pencipta kandungan yang memerlukan sebuah peranti pintar hebat bagi menghasilkan kandungan yang menarik.


Nilai Tambahan Yang Baik

Tidak ketinggalan, peranti-peranti baharu Samsung ini turut menyokong ruangan tambahan menerusi kad mikroSD. Penawaran ini secara tidak langsung memberi nilai tambahan menarik kepada pengguna. Di mana, anda boleh meningkatkan saiz storan dalaman 256GB yang tersedia kepada had maksimum sebanyak 1TB atau bersamaan dengan 1,000GB data secara keseluruhannya.

Dengan ini, peranti ini sudah semestinya mampu menyokong lebih banyak tugasan produktiviti harian cukup hebat walaupun untuk jangka masa yang lama. Lebih menariknya di sini, Samsung Galaxy A73 5G turut dilengkapi kelebihan tambahan dengan gabungan ruang wap tembaga dan pad penyejukan yang membantu dalam pelepasan haba. Seterusnya, ia beransur-ansur menurunkan suhu peranti dengan cekap berbanding pesaing setara.


Buka Dimensi Baharu Dengan Cip 5G Berkuasa

Bagi meningkatkan kecekapan, Samsung turut menggunakan cip pemprosesan yang mempunyai prestasi baik pada barisan Samsung Galaxy A baharu. Cip pemprosesan ini masing-masing membawakan rekaan bersaiz 5nm dan 6nm yang lengkap dengan kuasa prestasi dipertingkat untuk memenuhi keperluan semasa pengguna. Melaluinya, Samsung Galaxy A33 5G dan Samsung Galaxy A55 5G menggunakan cip Exynos 1280 (5nm). Untuk makluman semua juga, ketiga-tiga peranti ini telah menyokong rangkaian 5G di Malaysia.

Menurut Samsung, cip yang digunakan pada Samsung Galaxy A33 5G membawakan peningkatan prestasi sehingga 6%, pada masa sama kemampuan GPU dikatakan meningkat sehingga 33% lebih baik. Sementara itu, kemampuan cip pemprosesan pada Samsung Galaxy A53 5G pula menawarkan kemampuan prestasi sehingga 28% dengan padanan 52% lebih baik untuk sokongan GPU.


Pilihan Lebih Pelbagai

Terkadang terdapat juga pengguna yang lebih memilih penggunaan cip keluaran Qualcomm. Usah risau kerana anda tidak perlu pening kepala dalam hal ini. Pilih sahaja Samsung Galaxy A73 5G yang dilengkapi dengan Snapdragon 778G. Kata Samsung, peranti mampu menawarkan prestasi sehingga 47% lebih pantas.

Di samping itu, kemampuan GPU pula mencapai 82% yang lebih baik turut disertakan padanya. Menyentuh sedikit tentang cip berkenaan, Snapdragon 778G ialah cip kelas pertengahan lapan teras 6nm yang dipadankan dengan GPU Adreno 642L. Tidak dinafikan ia turut boleh diklasifikasikan sebagai cip terbaik Qualcomm untuk peranti kelas pertengahan setakat ini.


Jaminan Penggunaan Masa Panjang

Seterusnya, antara ciri dan fungsi lain yang turut memberi nilai tambahan buat barisan siri Galaxy A baharu ini adalah sokongan rangkaian 5G terbina. Pengenalan 5G yang semakin meluas dengan jelas menunjukkan memiliki peranti pintar yang menyokongnya adalah perlu. Ia bukan sahaja mampu digunakan untuk suatu tempoh masa yang panjang, sebaliknya turut bantu anda berjimat dengan cara tidak perlu bertukar peranti pintar secara kerap.

Bukan itu sahaja, Samsung turut tidak lokek menawarkan kebolehan ketahanan jangka hayat bateri yang baik pada kesemua peranti ini. Dengan kapasiti bateri sebesar 5,000mAh, barisan Samsung Galaxy A baharu ini boleh digunakan sehingga 2 hari lamanya dengan sekali pengecasan.


Bagi yang berminat, kesemua peranti hebat Samsung yang dinyatakan di atas sudah boleh dibeli. Di Malaysia, Samsung Galaxy A33 5G dijual pada harga RM1,499, Samsung Galaxy A53 5G berharga RM1,849 dan Samsung Galaxy A73 5G pula bernilai RM2,099. Ia boleh didapati menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia.

Penafian : Advertorial daripada Samsung Malaysia

Komen