Cari @ Amanz

Bercakap mengenai barisan peranti di bawah siri Oppo Reno, ia hadir dengan penawaran yang seimbang – baik dari aspek fotografi dan prestasi yang efisien. Setakat ini, terdapat sehingga tujuh siri yang telah diperkenalkan dan ia bakal dikemaskini dengan penawaran baharu lagi kelak.

Meskipun belum ada sebarang tarikh pelancaran khusus yang dikongsi. Namun, pelbagai khabar angin mengenai Oppo Reno8 yang telah kedengaran. Paling terkini, ia dikatakan hadir dalam tiga pilihan model berbeza yang sudah semestinya menawarkan kebolehan tertentu. Misalnya seperti penggunaan cip pemprosesan yang berbeza.

Sumber berkata variasi dengan spesifikasi rendah mungkin dilengkapi MediaTek Dimensity 1300. Sementara itu, variasi sederhana pula mungkin menggunakan Snapdragon 7 Gen 1. Kemudian, variasi tertinggi pula mungkin disertakan dengan MediaTek Dimensity 8100.

Ini sahaja maklumat berkaitan spesifikasi peranti yang diketahui buat masa ini. Mungkin kita mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd