Honor Play 30 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 480+, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Play 30 telah dilancarkan secara rasmi di China. Ia hadir dengan rekaan tubuh berkotak dan spesifikasi asas menerusi cip Snapdragon 480 Plus. Skrin pula adalah sebesar 6.5-inci TFT LCD yang beresolusi HD+ dan kadar segar semula standard 60Hz.

Selain daripada itu, peranti juga dilengkapi panel hadapan bertakuk kecil bersama sokongan kamera swafoto tunggal sebesar 5-Megapixel. Turut melengkapi peranti adalah modul kamera berbentuk segi empat yang lengkap dengan sensor utama tunggal 13-Megapixel.

Bateri yang digunakan pula adalah sebesar 5,000mAh dengan pengecasan 10W. Seterusnya, ia turut didatangkan dengan variasi memori sehingga 8GB RAM bersama storan dalaman 128GB yang turut boleh dikembangkan dengan kad microSD.

Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Magic UI 5.0 berasaskan Android 11, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Terdapat empat pilihan warna seperti black, blue, white dan gold. Tetapi, harga jualannya masih belum diumumkan setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami