DJI Mini 3 Pro – Dron Kompak Dengan Ciri Pro, Rakaman 4K/60fps, Harga Bermula RM3399

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DJI kini hadir dengan penawaran dron bersaiz kompak terbaru, iaitu DJI Mini 3 Pro – sekaligus menjadikan ia antara penawaran terawal untuk dron kompak dengan penawaran premium daripada DJI.

Dron baharu ini hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk rekaan kompak dan hanya seberat 249 gram sahaja, dilengkapi ciri rakaman video 4K/60fps, selain turut menawarkan masa penerbangan lebih 30 minit.

Dengan saiz kompak ini, ia dilihat lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana – terutamanya selepas pelancongan kembali mendapat perhatian kembali pasca PKP.

DJI Mini 3 Pro ini juga turut hadir dengan keupayaan mengelak halangan ketika terbang. Pada bahagian kamera, ia hadir dengan kamera CMOS 1/1.3-inci dengan apertur f/1.7 – membolehkan rakaman gambar pada resolusi 48MP. Beberapa ciri pintar turut disertakan seperti ActiveTrack 4.0 untuk membolehkan mengikuti sesuatu subjek, selain ciri seperti MasterShots dan Hyperlapse.

Dari segi peggunaan, DJI mengatakan ia mampu terbang selaam 34 minit. Sebuah kit tambahan turut ditawarkan membolehkan masa penerbangan dipanjangkan sehingga 47 minit.

Di Malaysia, DJI Mini 3 Pro ditawarkan pada harga RM3399. Anda turut boleh mendapatkan ia bersama DJI RC iaitu alat kawalan jauh dengan skrin sentuh 5.5-inci. Jualan bersamanya ditawarkan pada harga RM4199.

komen


© Amanz / 2022 Kami