Cari @ Amanz

Netflix sebelum ini telah mengatakan bakal memperkenalkan sokongan pengiklanan pada perkhidmatan mereka dalam tempoh sekitar dua tahun lagi. Apa pun, dengan berkurangnya angka pelanggan berbayar, Netflix dijangka mempercepatkan pengenalan sokongan pengiklanan pada platform mereka – seawal tahun ini.

Dengan pengenalan sokongan pengiklanan – ia dijangka membolehkan Netflix mengekalkan angka pengguna, disamping menambah pelanggan-pelanggan baharu yang sebelum ini tidak menyertainya kerana pakej harga yang mungkin sedikit mahal.

Netflix

Buat masa ini, salah satu perkhidmatan penstriman yang menawarkan pelan lebih kurang sama adalah iQiyi. Melalui iQiyi, sesiapa sahaja boleh menonton sejumlah rancangan secara percuma – dengan sokongan paparan iklan pada permulaan sesuatu video, dan kandungan dilabelkan “VIP” sahaja memerlukan langganan berbayar untuk menontonnya.

Mungkinkah kita akan melihat penawaran seumpama iQiyi oleh Netflix, atau sesuatu kaedah yang serba baharu?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd