Aplikasi Touch ’n Go kini dilihat telah kembali semula ke kedai aplikasi Apple App Store, sekaligus membolehkan orang ramai untuk memuat-turun dan menggunakan ia pada iPhone.
Sebelum ini, pada penghujung minggu lepas, aplikasi tersebut secara tiba-tiba hilang daripada App Store, membawa kepada pelbagai spekulasi daripada pengguna.
Apa pun, kini ia kembali semula, dan menyertakan pelbagai ciri-ciri seperti sebelum ini.
Buat masa ini, pihak Touch ’n Go tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini. Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun kembali aplikasi TNG dari AppStore hari ini.