“Sayang” Merupakan Antara Kata Laluan Yang Biasa Dikalangan Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Mei 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sedia maklum yang mana kata laluan “123456” merupakan kaata laluan yang paling biasa digunakan secara meluas pengguna seluruh dunia. Tetapi, bagaimana pula khusus untuk pasaran Malaysia?

Kini, ExpressVPN berkongsi mengatakan di Malaysia, kata laluan dengan frasa “Sayang” merupakan kata laluan yang kerap digunakan dikalangan pengguna Malaysia. Selain Malaysia, pengguna di Indonesia juga menggunakan frasa yang sama.

Seperti biasa, ia ditekankan yang mana kata laluan seperti ini mudah diteka, dan pengguna digalakkan menggunakan kata laluan dengan gabungan teks, nombor dan simbol. Disamping itu, sekiranya perkhidmatan berkenaan mempunyai sokongan dwi-faktor, anda digalakkan untuk mengaktifkannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami