Selepas memperkenalkan ciri reaksi emoji untuk permesejan pada WhatsApp di Android dan iPhone, kini WhatsApp dilihat turut menambah ciri berkenaan untuk pengguna di desktop dan web.

Untuk pengguna di desktop dan web, apabila anda meletakkan tetikus di atas sesuatu mesej, ia akan memaparkan sebuah butang emoji pada bahagian tepi mesej. Anda seterusnya boleh klik padanya, dan memilih reaksi emoji yang sesuai untuk sesuatu mesej tersebut.

Buat masa ini, ciri ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp di web dan juga desktop.