Cari @ Amanz

AMD Melancarkan Tiga Kad Grafik Radeon RX 6x50XT Dan Memperkenalkan Berkas Permainan Baru

Oleh Nazrin

Link Copied!

AMD hari ini telah melancarkan tiga model kad grafik baru, termasuklah AMD Radeon RX 6950 XT, AMD Radeon RX 6750 XT dan AMD Radeon RX 6650 XT sebagai kemaskini kepada siri kad grafik AMD Radeon RX 6000 yang dilancarkan pada awal tahun lepas.

Kesemua kad-kad grafik ini dilihat hadir dengan jumlah memori dan juga kelajuan yang sedikit lebih tinggi berbanding dengan kad-kad grafik AMD Radeon RX 6000 sebelum ini, dan menjanjikan prestasi yang lebih berkuasa.

ModelCompute UnitGDDR6Game Clock (MHz)Boost Clock[i] (MHZ)Antaramuka MemoriAMD Infinity Cache BandwidthTDPHarga (USD)
Radeon RX 6950 XT8016GB2100Up to 2310256-bitUp to 1793GB/s335W$1099
Radeon RX 6750 XT4012GB2495Up to 2600192-bitUp to 1326GB/s250W$549
Radeon RX 6650 XT328GB2410Up to 2635128-bitUp to 469GB/s180W$399

Satu fungsi baru yang diperkenalkan bersama-sama kad grafik ini ialah AMD FidelityFX Super Resolution 2.0, iaitu sebuah fungsi grafik yang membantu dalam meningkatkan kadar segar semula permainan dan juga kualiti imej tidak kira resolusi permainan yang digerakkan.

Permainan pertama yang dilihat menyokong fungsi ini termasuklah Deathloop, manakala permainan-permainan lain yang dikatakan akan menyokong fungsi ini adalah seperti Asterigos, Eve Lonline, Microsoft Flight Simulator dan sebagainya.

Dalam pada itu, AMD juga memperkenalkan berkas permaiinan baharu dengan setiap pembelian kad grafik AMD Radeon RX 6×50 ini yang dinamakan AMD Radeon Raise the Game Bundle. Pelanggan yang membeli kad grafik yang layak akan menerima kod permainan tertentu. Buat masa ini, mereka yang membeli kad-kad grafik ini boleh menebus kod permainan Saints Row dan Sniper Elite 5.

Tidak seperti kad grafik AMD Radeon RX 6000 sebelum ini, model-model kad grafik siri terbaru ini tidak hadir dengan rekaan lalai, dan hanya dijual melalui pembuat-pembuat kad grafik AMD seperti Sapphire, ASUS, MSI dan sebagainya.

AMD turut mengatakan bahawa mereka akan mengembangkan penawaran permainan tersebut ke permainan-permainan lain di masa akan datang. AMD Malaysia juga mengatakan bahawa siri kad grafik ini boleh dibeli bermula hari ini di kedai-kedai pembekal komponen komputer tempatan.


Komen ()