China Ingin Bina Empangan Dalam Masa Dua Tahun – Guna Robot Dan Percetakkan 3D, Tanpa Tenaga Kerja Manusia

Diterbitkan pada Mei 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

China kini merancang untuk membina sebuah empangan tersendiri dalam masa dua tahun, tanpa menggunakan tenaga kerja manusia. Sebaliknya, China akan bergantung kepada penggunaan percetakkan 3D, kecerdasan buatan dan menggunakan robot dalam pembinaan.

Dengan empangan ini, ia dijangka akan boleh menjana tenaga sebanyak 5 bilion kilowatt jam setiap tahun untuk digunakan di China. Malah, pembinaan empangan ini juga dijangka menjadi pembinaan terbesar menggunakan percetakkan 3D.

Empangan Yangqu ini dijangka akan setinggi 180-meter, dan dibina satu demi satu lapisan menggunakan pelbagai teknologi – termasuk trak dan jentolak tanpa manusia.

Penggunaan kecerdasan buatan juga dijangka akan mengurangkan kadar kesilapan – selain melakukan semakan apabila setiap lapisan demi lapisan dibina.

Sekiranya projek ini berjaya, tidak mustahil ia menjadi penanda aras, sekaligus membuka peralihan kepada pembangunan dan pembinaan tanpa memerlukan tenaga kerja manusia yang ramai seperti sebelum-sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami