Carian
Presiden SpaceX Menekankan Manusia Akan Tiba Di Marikh Sebelum 2030
May 11, 2022 Aman

Presiden syarikat kapal angkasa popular, SpaceX kini melalui sebuah temuramah menyatakan manusia akan menjejakkan kaki ke planet Marikh pada dekad ini, sebelum tahun 2030 kelak.

Perkongsian terbaru ini selari dengan apa yang diperkatakan oleh Elon Musk sebelum ini, menyasarkan manusia tiba di planet Marikh seawal 2029 kelak. Sebelum ini, ia turut dijangka penerbangan ke Marikh mungkin mencapai harga tiket sekitar RM425,000 untuk setiap seorang.

Disamping perancangan ke Marikh, ia juga dirancang untuk manusia tiba di bulan sekali lagi pada dekad ini. Beberapa perancangan lain turut dilakukan beberapa agensi angkasa – termasuk membentuk penempatan di bulan dan juga Marikh.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan manusia ke planet lain dan ekplorasi angkasa dalam tahun-tahun akan datang.

Komen