Cari @ Amanz

ByteDance adalah syarikat yang memiliki TikTok, aplikasi hiburan/media sosial popular sekarang. TikTok walaupun berasal dari China, populariti platform ini merebak di seluruh dunia. Pelbagai pencipta kandungan dan selebriti telah menyertai TikTok dan seperti platform lain, dengan TikTok juga pencipta kandungan boleh menjana pendapatan atau menerima tajaan.

Di China, ByteDance dikatakan akan hadir dengan sebuah peranti khusus untuk melakukan penstriman secara langsung. Peranti ini adalah Lingjing Live Streaming All-in-One Machine dan ia mempunyai kamera boleh putar seakan Oppo Find N1. Kamera peranti ini boleh berputar pada kadar 180 darjah.

Sensor kamera masih belum diketahui, skrin peranti juga dilihat besar dengan bezel tebal serta rangka di keliling yang menampakkan peranti ini seperti sebuah alat profesional berbanding dengan sebuah peranti pintar biasa. Jelas sekali ia menjalan sistem operasi Android, namun pada peranti ini ia ada tiga tombol kecil boleh putar untuk kawalan mikrofon, aras suara dan bunyi latar.

Belakang peranti mempunyai satu bahagian tambahan yang dikatakan adalah pembesar suara yang dilihat bergabung terus dengan bahagian skrin. Jadi, tidak pasti sama ada peranti ini boleh digunakan secara begitu sahaja atau perlu sentiasa berada di atas meja.

Peranti ini dikatakan akan dijual pada harga RMB 15,800 iaitu sekitar RM10,306. Tidak pasti ia akan dijual di mana dan siapakah sasaran pelanggan mereka. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd