Garmin Tactix 7 Pro Kini Di Malaysia – Berharga RM6350

Diterbitkan pada Mei 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Garmin Tactix 7 Pro kini rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan jam tangan pintar GPS Multisport yang menampilkan kanta pengecasan solar bersama kawalan butang tradisional dan skrin sentuh. Tubuhnya juah mempunyai reka bentuk premium, selain turut dilengkapi beberapa ciri khusus lain seperti data pemetaan, pemain muzik dan banyak lagi.

Garmin Tactic 7 Pro dijual di Malaysia pada RM6,350 untuk seutas. Ianya tersedia dalam satu pilihan warna iaitu hitam. Bagi yang berminat, anda sudah boleh mendapatkannya bermula hari ini menerusi Lazada, Shopee, AECO e-store dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.

Jam tangan pintar ini mempunyai paparan sebesar 1.4-inci dengan resolusi 280 x 280 piksel. Ia juga menyokong penarafan kalis air 10 ATM, GPS, sensor kadar denyutan jantung dan sebagainya. Selain daripada itu, ia juga mempunyai sokongan Garmin Pay, sambungan aplikasi Garmin Connect dan sejumlah aplikasi sukan terbina. Ia merangkum larian, berenang, berlari, berbasikal dan banyak lagi.

Ketahanan bateri pula boleh mencapai 28 hari (biasa) dan 37 hari (dengan solar) dalam mod jam tangan pintar. Ia kemudiannya meningkat kepada 122 hari (dengan solar) dan 89 hari (biasa) untuk penggunaan GPS yang berpanjangan.

komen


© Amanz / 2022 Kami