Honor Akan Memperkenalkan Sekitar 20 Produk Di Malaysia Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mei 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor hari ini mengesahkan mereka akan memperkenalkan sekitar 20 produk di Malaysia pada tahun ini. Sebelum ini sendiri, kita sedia melihat pengenalan Honor 50 di Malaysia – menjadikan Malaysia yang terawal menerimanya selepas China.

Honor 50 Malaysia

Dengan fokus baharu ini, pasaran Malaysia diberikan lebih perhatian, dan akan menerima pelbagai produk baharu Honor dengan pantas.

Buat masa ini, senarai penuh produk yang akan hadir masih tidak dikongsikan. Tetapi, Honor menyatakan selain telefon pintar, mereka juga akan membawa masuk Honor Watch GS3 dan Honor Earbuds 3 Pro ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami