YouTube kini dilihat menguji rekaan antaramuka desktop yang serba baharu – dioptimasikan untuk skrin lebar, dan memberikan lebih fokus terhadap video.
Dari bentuk paparan baharu ini, ia memposisikan bahagian komen pada bahagian kanan, sementara video dikekalkan seperti biasa pada bahagian kiri.
Dengan langkah ini, pengguna boleh terus menonton sesuatu video secara berterusan, sambil turut melihat pada komen-komen pada seesuatu video. Ia juga lebih baik berbanding kini yang memerlukan pengguna menatal ke bawah dan meninggalkan daripada menonton video.
Buat masa ini, ia sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diperluaskan atau sebaliknya.