Carian
Sony Xperia 1 IV Kini Rasmi – Skrin 21:9, Snapdragon 8 Gen 1, Tri-Kamera 12MP ZEISS, Harga Premium
May 11, 2022 Aman

Sony hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, iaitu Xperia 1 IV.

Sony Xperia 1 IV merupakan telefon mercu terbaru daripada Sony, yang meneruskan pelbagai tradisi, termasuk fokus terhadap audio, kamera, dan juga skrin.

Sony Xperia 1 IV hadir dengan skrin OLED 6.5-inci dengan paparan resolusi 4K, selain kadar segar semula 120Hz. Sony mengekalkan penggunaan nisbah 21:9 pada telefon pintar ini, dan turut menekankan ia menawarkan paparan dengan pewarnaan yang jitu.

Menjana ia juga adalah cip Snapdragon 8 Gen 1, serta dilengkapi sokongan rangkaian 5G. Ia hadir dengan memori sebanyak 12GB RAM, selain storan 512GB. Pengguna turut boleh meluaskan storan melalui penggunaan mikro-SD.

Dari segi kamera pula, ia menyertakan tri-kamera 12-megapixel di belakang, selain turut menggunakan kamera 12-megapixel untuk swafoto. Sony turut bekerjasama dengan pihak ZEISS untuk lensa kamera mereka.

Melalui kamera peranti ini, ia menyokong rakaman video 4K 120fps, disamping kemudahan untuk mengawal rakaman gambar secara profesional.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah ciri Game Enhancer – yang membolehkan pengoptimasian untuk permua, termasuk kemudahan untuk melakukan penstriman permainan ke YouTube.

Ciri lain seperti sokongan bicu-audio 3.5mm, kalis air IP65/68, dan juga butang fizikal untuk kamera turut dikekalkan pada telefon pintar ini.

Buat masa ini, ia telah diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat pada harga $1599, iaitu sekitar RM7000.

Komen