Menggunakan komputer dengan papan kekunci dan tetikus adalah perkara normal bagi majoriti penduduk dunia. Tetapi bagi golongan dengan kekurangan anggota, kesemua peranti input di pasaran boleh digunakan kerana tidak mengambil kira keperluan mereka. Microsoft telah melancarkan keluarga peranti input yang dihasilkan khusus untuk golongan dengan keperluan khas kerana halangan anggota tubuh.

Microsoft Adaptive Accessories terdiri daripada Microsoft Adaptive Mouse, Microsoft Adaptive Hub dan Microsoft Adaptive Button. Setiap aksesori boleh diprogramkan untuk melakukan aksi tertentu atau makro dengan hanya menekan satu butang. Bagi insan tanpa jari mislanya, lapan butang pada Adaptive Button boleh diprogramkan mengikut keperluan.

Pengguna juga boleh menggunakan aksesori cetakan 3D pada Adaptive Hub untuk menambah tangkai pada alat kawalan dan permukaan yang lebih selesa untuk digunakan pada anggota kudung misalnya. Kesemua aksesori ini dihasilkan oleh Microsoft Inclusive Tech Lab yang sebelum ini menghasilkan alat kawalan permainan Xbox yang lebih mesra OKU. Kesemua aksesori adaptif ini akan dilancarkan pada musim luruh kelak harga masih belum diumumkan.