Twitter Akan Mengehadkan Tweet-Tweet “Copypasta”

Diterbitkan pada Mei 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter hari ini mengemaskini polisi perkhidmatan mereka, menyatakan akan mula mengehadkan paparan Tweet-Tweet berbentuk salinan atau “copypasta”.

Twitter mengatakan dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna menemui penerbit kandungan asli, selain turut mengalakkan perbincangan sihat pada platform sosial tersebut.

Dengan mengehadkan sesuatu Tweet, ia akan kurang dipaparkan pada hasil carian utama atau Trend, dan tidak akan mencadangkan Tweet tersebut pada garis masa pengguna secara algoritma.

Apa pun, Tweet yang di-“copypasta” berkenaan akan kekal pada garis masa, cuma capaian Tweet berkenaan akan dihadkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami