Huawei Mate Xs 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mei
May 11, 2022
Huawei
Effi Saharudin
Peranti skrin boleh-lipat terkini Huawei Mate Xs 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Mei hadapan. Malaysia menjadi negara terawal menerima peranti ini kerana pelancaran di peringkat global dilangsungkan pada 18 Mei.

Selain pelancaran Mate Xs 2, jam tangan pintar he Huawei Watch GT 3 Pro dan Huawei Watch Fit 2, turut akan dilancarkan pada acara yang sama. Sudah beberapa kali Malaysia menjadi negara terawal menerima produk terbaru Huawei. Maklumat mengenai harga akan diumumkan pada tarikh tersebut dan teruskan bersama Amanz.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.