Carian
Imej CAD 3D Samsung Galaxy Z Fold4 Tertiris – Rekaan Kamera S22 Ultra Digunakan
May 11, 2022 Fahim Zahar

Samsung Galaxy Z Fold3 boleh saya katakan antara peranti dengan skrin boleh lipat terbaik pernah dihasilkan. Ia mempunyai banyak ciri dan fungsi peranti mercu Galaxy S dan Galaxy Note, tetapi skrin boleh dilipat.

Sejak Z Fold dan Z Fold2, tiada perubahan drastik pada Z Fold3 kecuali pada rekaan skrin dalam da sedikit pada bahagian lain. Untuk Samsung Galaxy Z Fold4, seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini – ia akan hadir dengan rekaan sedikit berbeza. Imej CAD tertiris baru-baru ini mendedahkan yang yang rekaan keseluruhan akan kelihatan lebih kurang sama, termasuk pada saiz skrin.

Skrin luar kekal dengan 6.2-inci dan di dalam pula dengan 7.6-inci. Tetapi rekaan sedikit pendek, memberikan saiz peranti dalam keadaan terbuka terasa sedikit lebih lebar berbanding tinggi. Skrin dalam mungkin kekal dengan kamera bawah skrin, sementara kamera utama kini dengan rekaan kamera Galaxy S22 Ultra.

Galaxy Z Fold4 juga tidak akan mempunyai ruangan menyimpan S-Pen, walaupun skrin sedia menyokongnya. Lain-lain akan kekal sama dengan yang sedia ada.

Cip pemprosesan adalah Snapdragon 8 Gen 1+, bateri 4400mAh dengan pengecasan pantas asas 25W, kamera 108MP + 12MP + sensor telefoto. Peranti dikatakan akan dilancarkan pada Ogos akan datang, bersama-sama dengan Z Flip4 dan Galaxy Watch5, sama-sama kita nantikan untuk lihat apakah kejutan lain yang akan Samsung berikan.

Komen