Google Translate Kini Menyokong 24 Lagi Bahasa Termasuk Sanskrit

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Translate dilancarkan pada tahun 2006 sebagai cara paling mudah memahami jutaan laman web dalam bahasa yang mungkin tidak diketahui pengguna. Ia hadir secara automatik dengan Chrome dan di acara Google I/O pagi ini Translate menambah sokongan 24 lagi bahasa baharu.

Antara bahasa baharu yang disokong ialah Sanskrit dan beberapa bahasa orang asal Amerika Utara. Menurut Google, sebanyak 300 juta individu di peringkat global menggunakan 24 bahasa yang ditambah ini. Ini membawakan meningkatkan sokongan Translate ke 133 bahasa kesemuanya. Sokongan bahasa-bahasa baharu ini akan diberikan secara berperingkat bermula 11 Mei kepada semua pengguna global.

komen


© Amanz / 2022 Kami