Chrome Akan Menyokong Ciri Menjana Nombor Kad Kredit Maya Untuk Keselamatan Kad Sebenar

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saban hari ada sahaja cerita menyeramkan apabila nombor kad kredit dan CVV tertiris ke arena web menyebabkan kerugian kepada pemegang. Terlalu banyak data yang tertiris sekarang sehingga sukar sekali untuk melakukan pemeriksaan sama ada data peribadi peribadi antara yang terjejas.

Di Google I/O ciri baharu pada Chrome diumumkan dimana pelayar web ini boleh menjana nombor kad kredit maya lengkap dengan CVV yang juga maya. Apabila maklumat kad sebenar dimasukkan, Chrome akan memberikan saranan nombor kad maya dijana dan kemudiannya digunakan untuk melengkapkan pembayaran atas talian.

Pembelian masih boleh dilakukan seperti biasa dengan caj dikenakan pada kad sebenar selepas pengesahan dilakukan. Dengan ciri ini sekiranya nombor kad maya tertiris ke arena web, tiada kerisauan mereka akan dikenakan caj.

Ciri akan diperkenalkan kepada pengguna kad Visa di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum sokongan ke atas kad kredit dan pasaran lain dikembangkan di masa hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami