Google hari ini telah mengadakan acara Google I/O, sekaligus turut memperkenalkan bersama telefon pintar mampu-milik mereka tersendiri, iaitu Google Pixel 6a.
Telefon pintar ini meneruskan tradisi Google sebelum ini, dan turut hadir dijana dengan cip pemprosesan Google tersediri, dinamakan Google Tensor.
Google Pixel 6a hadir dengan skrinn 6.1-inci OLED, dilengkapi sokongan pengimbas cap jari disebalik skrin, memori 6GB RAM, dan storan UFS 3.1 sebesar 128GB. Google menyertakan bateri 4306mAh padanya.
Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini hadir dengan sensor utama dwi-12-megpaixel pada bahagian belakang, selain kamera hadapan 8-megapixel.
Google mengatakan Pixel 6a ini akan menerima sokongan Android selama 3 tahun, bersama kemaskini sekuriti selama 5 tahun lamanya.
Buat masa ini, ia ditawarkan di beberapa buah negara, pada harga $449, iaitu sekitar RM1966.