Cari @ Amanz

Bersama-sama telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka, kini Google turut menawarkan kemaskini kepada fon telinga nirwayar mereka. Diperkenalkan hari ini adalah Pixel Buds Pro yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri audio premium bersama dengannya.

Pixel Buds Pro ini hadir dengan sokongan pembatalan hinggar aktif dalam memastikan anda menerima kualiti audio yang baik melaluinya. Disamping itu, Google turut mengatakan ia bakal menyertakan ciri Spatial Audio melalui kemaskini perisian dalam beberapa bulan lagi.

Melengkapkan fon telinga ini adalah ciri Fast Pairing yang membantu peranti dipautkan dengan pantas.

Pixel Buds Pro

Google mengatakan Pixel Buds Pro menawarkan masa penggunaan bateri selama 11 jam, dan sehingga 7 jam apabila ciri pembatalan hinggar aktif digunakan.

Seperti biasa, fon telinga ini ditawarkan di beberapa buah negara pada harga $199, iaitu sekitar RM871.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd