Google Perlihatkan Telefon Pintar Akan Datang – Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun lepas, kita sedia menyaksikan pelbagai gambar tertiris awal memperlihatkan rekaan Pixel 6 jauh sebelum dilancarkan. Untuk tahun ini, Google mengambil langkah proaktif, sekaligus memperlihatkan terlebih dahulu telefon mercu akan datang mereka.

Google melalui acara Google I/O hari ini memperlihatkan rekaan belakang untuk Google Pixel 7 dan juga Pixel 7 Pro. Ia dijangka ddiperkenalkan secara rasminya dalam beberapa bulan lagi.

Pixel 7 dan Pixel 7 Pro menggunakan beberapa elemen rekaan seperti pada Pixel 6, tetapi denga sedikit perubahan pada bahagian paparan sensor kamera. Ia tidak lagi menggunakan bar hitam sepenuhnya, tetapi kini menggantikan ia dengan rekaan berasaskan aluminium.

Seperti sebelum ini, Pixel 7 dan Pixel 7 Pro dijangka hadir dengan cip Google Tensor generasi kedua, selain dijana Android 13.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi Pixel 7 ini tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami