Google Bakal Perkenal Pixel Tablet Pada 2023

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersama-sama pengenalan sejumlah produk Pixel hari ini, Google turut mengatakan mereka akan memperkenalkan tablet tersendiri pada tahun 2023 kelak.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan Google terus memperluaskan ekosistem Pixel, selain turut memperlihatkan fokus terhadap penggunaan Android pada tablet.

Pixel Tablet ini bakal dijana dengan cip Google Tensor seperti pada telefon pintar, Dari video acah yang diperlihatkan, ia memaparkan rekaan bingkai yang sedikit tebal berbanding beberapa tablet lain di pasaran hari ini, selain satu sensor kamera pada bahagian belakang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pada tahun hadapan untuk mengetahui lanjut berkenaan penawaran tablet Google ini. Untuk makluman juga, Google pernah memperkenalkan tablet berasaskan ChromeOS sebelum ini, dinamakan Pixel Slate.

komen


© Amanz / 2022 Kami