1 Bilion Peranti Android Baharu Diaktifkan Hanya Pada 2021

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini pada acara Google I/O berkongsi sejumlah perkembangan berkenaan platform mereka, dan salah satunya adalah berkenaan dengan sistem operasi Android.

Menurut Google, pada tahun 2021 sahaja, mereka menyaksikan permintaan peranti Android meningkat mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, sebanyak 1 bilion peranti Android baharu telah diaktifkan hanya pada tahun 2021 sahaja – menjadikan ia sebuah angka yang sangat besar dicapai Google.

Ini juga sekaligus menjadikan Android sebuah sistem operasi terbesar dunia – mengatasi Windows dan juga penawaran Apple.

Selain Android, Google turut menyaksikan peranti WearOS aktif kini meningkat kepada 3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami