Carian
Ciri Permesejan RCS Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna Aktif
May 12, 2022 Aman

Salah satu sokongan permesejan yang disertakan oleh Google pada Android adalah sokongan RCS. Nama panjangnya “Rich Communications Services”, ia menawarkan sebuah protokol generasi baharu kepada SMS – membolehkan pengguna menghantar lebih daripada teks, dan menyertakan sejumlah kandungan multimedia tanpa kos tinggi melalui sokongan syarikat telekomunikasi.

Menyentuh mengenainya, Google menyatakan kini terdapat lebih 500 juta pengguna aktif RCS di seluruh dunia.

Malah, pada perkongsian Google, mereka turut memperlihatkan logo Celcom – salah satu syarikat telekomunikasi yang menyokong ciri RCS ini.

Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan atau mengaktifkan ciri RCS ini pada telefon pintar anda?

Komen