Cari @ Amanz

Google Wallet kembali semula di Google I/O selepas sebelum ini ia dijenamakan semula sebagai Google Pay empat tahun lalu. Selain boleh digunakan untuk melakukan pembayaan secara nirtunai dengan teknologi NFC, Google Wallet baharu ini menambah ciri menjadikannya lebih setanding dengan Apple Wallet.

Ia kini masih boleh menyimpan maklumat kad kredit dan debit untuk melakukan pembayaran nirtunai Google Pay. Sijil vaksinasi digital turut disokong bagi memudahkan pengguna melawat negara yang memerlukan bukti ia telahpun diterima.

Tiket dan pas memasuki kapal terbang, lesen memandu serta kad identiti digital juga boleh dimasukkan ke dalam Google Wallet. Lebih mengujakan Google Wallet turut berfungsi sebagai kunci kereta digital yang menyokong kenderaan keluaran BMW sahaja pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd