Carian
Google Perlihatkan Kaca Mata AR Dengan Ciri Terjemahan Masa-Nyata – “Sarikata” Untuk Kehidupan Harian
May 12, 2022 Aman

Google sedia menerajui arena kaca mata pintar melalui Google Glass beberapa tahun dahulu. Terkini, pada acara Google I/O, Google turut memperlihatkan prototaip kaca mata pintar baharu mereka yang hadir dengan integrasi terjemahan masa-nyata.

Melalui kaca mata pintar ini, ia akan melakukan terjemahan dilakukan secara masa-nyata dan diperlihatkan transkripnya melalui pancaran AR pada kaca mata pintar berkenaan.

Ini sekaligus memberikan anda “sarikata” untuk dunia sebenar, sekaligus memudahkan anda kekal berinteraksi dengan orang sekeliling tanpa mengira bahasa.

Dengan langkah ini juga, Google turut memperlihatkan kaedah penggunaan yang lebih realistik, dan bukannya berbentuk metamesta seperti beberapa syarikat lain.

Buat masa ini, info penuh mengenai penawaran ini tidak dikongsikan lagi.

Komen