Google Akan Perkenal Rekaan Google Play Store Baharu Mesra Tablet
May 12, 2022
Google
Aman
Pada acara Google I/O 2022 kali ini, syarikat gergasi teknologi Google turut dilihat memberikan fokus terhadap tablet – termasuk pengoptimasian Android untuknya.
Tidak ketinggalan adalah pengenalan Google Play Store baharu yang direkabentuk kembali dengan pengoptimasian untuk skrin bersaiz besar.

Melalui apa yang diperlihatkan juga, Google ingin memudahkan penemuan aplikasi-aplikasi popular oleh pengguna, selain turut mengetengahkan sejumlah kandungan dalam memastikan kedai aplikasi berkenaan lebih aktif dalam memudahkan penemuan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan perkenalkan kemaskini baharu ini pada Google Play Store.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.