Selain daripada peranti pintar, Oppo Malaysia turut berkongsi perancangan untuk hadir dengan aksesori audio baharu. Melaluinya, Oppo Enco X2 bakal diperkenalkan sekitar bulan Mei ini. Namun, tiada tarikh pelancaran khusus yang dikongsi setakat ini.

Oppo Enco X2 merupakan model kemas kini untuk Oppo Enco X sebelum ini. Ia hadir dengan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama putik silikon. Selain daripada itu, ia turut menyokong audio yang ditala oleh Dynaudio, di samping codec yang digunakan adalah SuperDBEE dengan Golden Sound untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Tidak ketinggalan, ia turut diiklankan dengan ketahanan bateri yang baik, pada masa sama mampu memberikan pengalaman bermain permua yang mengasyikkan.
Seperti biasa, segala penawaran lanjut mengenai fon telinga ini bakal terjawab selepas ia diumumkan kelak. Kami di Amanz turut akan mengemaskini mengenainya termasuklah untuk harga jualan rasmi.