Cari @ Amanz

Isu terbesar apabila kita bergantung sepenuhnya kepada kehidupan secara atas talian ialah kita perlu mempunyai pelbagai akaun untuk setiap laman ataupun perkhidmatan. Ini membuatkan proses memastikan keselamatan akaun juga sukar. Di Google I/O pagi tadi, Google mengumumkan ciri keselamatan baharu Safety Status yang akan memaparkan ikon amaran sekiranya kerentanan pada akaun Google pengguna dikesan.

Ikon lencana amaran berwarna kuning akan dipaparkan pada ikon akaun Google apabila kerentanan baharu dikesan. Menerusi ciri ini pengguna akan menyedari isu yang mungkin wujud dan dengan segera menyelesaikannya sebelum berlaku masalah yang lebih serius. Saranan juga diberikan kepada pengguna tentang apa yang boleh dilakukan untuk memastikan akaun kembali selamat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd