Oppo Reno8 SE Mungkin Dilengkapi Dimensity 1300, Kamera 50MP

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, kami ada melaporkan mengenai siri Oppo Reno8 yang mungkin hadir dalam tiga model berbeza. Biarpun belum ada kepastian, tetapi kini timbul khabar angin yang mendakwa salah satu daripadanya akan dikenali sebagai Oppo Reno8 SE. Dalam masa sama, spesifikasi mengenainya turut tertiris dalam perkongsian terkini 91 Mobiles.

Oppo Reno7 SE

Oppo Reno8 SE dikhabarkan hadir dengan skrin 6.43-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1300, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Di samping itu, bateri sebesar 4500mAh turut disertakan dengan sistem pengecasan pantas 80W.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 50MP (Sony IMX766) dengan OIS, kemudian diikuti dengan 8MP untuk lensa ultra-lebar dan 2MP (makro). Kamera hadapan pula sebesar 32MP (Sony IMX709) yang boleh digunakan untuk panggilan video dan tangkapan gambar swafoto. Tidak ketinggalan, ia juga akan menjalankan ColorOS12 berasaskan Android 12.

Beberapa perkara yang mungkin tidak disokong oleh peranti adalah bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo. Bagi melihat sejauh mana kebenaran kesemua maklumat yang tertiris ini, sama sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami