Disney+ Meneruskan Peningkatan Angka Langganan – Mencapai 137.7 Juta Langganan
May 12, 2022
Penstriman
Aman
Disney hari ini mengumumkan penyata kewangan untuk suku tahunan lepas, dimana kini Disney+ (bersama Hotstar) mencapai jumlah angka langganan sebanyak 137.7 juta langganan.
Untuk perkhidmatan Disney+ Hotstar sahaja, kini ia mempunyai lebih 50.1 juta langgaanan di seluruh dunia. Di Malaysia, perkhidmatan ini ditawarkan pada harga RM54.90 untuk tiga bulan – dan turut ditawarkan melalui Astro serta akan datang melalui Unifi TV.
Pada suku tahunan lepas, Disney memperlihatkan penambahan sebanyak 7.9 juta pelanggan baharu ke perkhidmatan mereka.
Sebelum ini, Disney menyasarkan mereka mencapai sekitar 260 juta pelanggan berbayar seluruh dunia menjelang penghujung 2024 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.