Carian
Google Workspace Dikemaskini Dengan 7 Ciri Baharu Seperti Transkripsi Automatik
May 12, 2022 Amy Maizuraa

Kita sudah masuk ke fasa endemik Covid 19, namun masih terdapat juga di antara kita yang masih meneruskan amalan bekerja dari rumah. Sehubungan itu, mereka sudah semestinya memerlukan medium yang mampu memudahkan untuk berhubung yang lain. Misalnya seperti Google Workspace.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Google kini berkongsi beberapa kemas kini baharu yang bakal disokong oleh Google Workspace kelak. Ianya dibina berasaskan AI, sekaligus dikatakan mampu menjadikan konsep bekerja menjadi lebih baik. Berikut adalah senarai kemas kini berkenaan:

Portrait Restore – Ia menggunakan teknologi Google AI untuk meningkatkan kualiti video. Melaluinya, ia akan meningkatkan kualiti video secara automatik supaya pengalaman Google Meet lebih baik, meskipun anda menggunakan Google Meet dengan kamera web lama atau mungkin sambungan Wi-Fi yang kurang memuaskan.

Portrait Light – Ciri ini menggunakan pembelajaran mesin untuk mensimulasikan pencahayaan berkualiti studio dalam suapan video. Dalam masa sama , ia juga membolehkan anda menyesuaikan pencahayaan dan kecerahan mengikut keadaan.

De-Reverberation – Ciri yang mampu mengurangkan gema di bilik dengan permukaan keras, memastikan bunyi anda sentiasa kuat dan jelas.

Live sharing – Ciri ini menyelaraskan kandungan yang disampaikan dalam panggilan Google Meet serta menawarkan kawalan media untuk para peserta.

Auto-summaries To Spaces – Google akan mengembangkan keupayaan ringkasan automatik ke Spaces bagi membantu pengguna meringkaskan perbualan yang panjang.

Automated Transcriptions – Google Workspace kini akan menyalin sesi Google Meet secara automatik, supaya orang yang terlepas mesyuarat boleh mengejar.

Security Protections – Slaid, dokumen dan Google Sheet akan menerima pelindungan keselamatan yang sama seperti Gmail. Ciri ini akan memberikan amaran kepada pengguna sekiranya terdapat pautan yang mengandungi virus dan sebagainya.

Komen