Cari @ Amanz

Sebuah lagi peranti baharu kini menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Vivo T1 5G disahkan disokong sistem 5G DNB hari ini selepas dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan April yang lalu.

Vivo T1 5G dilengkapi skrin 6.44-inci AMOLED 90Hz, FHD+ dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 778G 5G, memori 8GB RAM dengan sokongan 4GB memori maya, storan dalaman 128GB dan bateri 4700mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Untuk kamera pula Vivo T1 5G menggunakan konfigurasi 64+8+2 Megapixel dengan kamera swafoto 16MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd