Jack Dorsey Mengatakan Bahawa Dia Tidak Akan Kembali Sebagai CEO Twitter

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah Jack Dorsey meninggalkan jawatannya sebagai CEO Twitter, platform media sosial tersebut diilhat mengharungi satu era yang sangat aneh dengan pengambil-alihan oleh Elon Musk nampaknya akan berlaku tidak lama lagi.

CEO Tesla dan Starlink tersebut dilaporkan bahawa beliau akan mengembalikan Twitter sebagai sebuah syarikat persendirian dan akan mengambil-alih jawatan CEO daripada Parag Agrawal untuk seketika. Akan tetapi, Elon Musk dilihat perlu menyelia pelbagai syarikat lain yang pastinya memerlukan perhatiannya.

Oleh kerana itu, selepas pengambil-alihan tersebut tamat, beliau dijangka akan menjawat seorang CEO baru, dan diantara nama yang sering disebut di laman media sosial tersebut ialah mantan CEO Jack Dorsey.

Walaupun begitu, Jack Dorsey sudah mengatakan bahawa beliau tidak berminat untuk mengambilalih tampuk kepimpinan syarikat tersebut sekali lagi, mengatakan bahawa jika Twitter mahukan seorang CEO baru, mereka akan perlu mencari individu lain sekiranya ia benar Parag Agrawal tidak akan memegang jawatan tersebut selepas pengambilalihan oleh Elon Musk selesai.

komen


© Amanz / 2022 Kami