Gambar Samsung Galaxy Z Flip 4 Tertiris Dengan Rekaan Model Terdahulu

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak dapat dinafikan, konsep mengitar semula rekaan sedia ada bukanlah suatu hal baharu untuk landskap peranti pintar. Malahan ia telah berlaku dalam beberapa situasi yang melibatkan pelbagai pengeluar. Keadaan yang sama dijangka bakal berlaku pada Samsung apabila tertirisnya gambar Samsung Galaxy Z Flip 4 yang dilihat mempunyai rekaan sangat serupa dengan model terdahulu.

Ia menunjukkan peranti lengkap dengan tubuh berasaskan kaca pada panel belakang dan bingkai aluminium. Selain itu, ia juga akan mempunyai engsel yang lebih baik. Skrin utama yang digunakan pula sejenis berlubang dengan padanan saiz bezel yang nipis. Panel belakang pula menempatkan sistem dwi-kamera utama, di samping skrin sekunder yang bertujuan untuk memaparkan beberapa maklumat penting seperti masa.

Seterusnya, port sambungan USB dan pembesar suara diletakkan pada bahagian bawah peranti. Butang kuasa dan laras audio berada di sisi kanan. Untuk makluman, butang kuasa berkenaan turut boleh berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Samsung Galaxy Z Flip 4 dijangka diperkenalkan sekitar Ogos kelak, namun tiada tarikh pelancaran khusus dikongsi setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami