Carian
5 Tips Menjimatkan Perbelanjaan Telefon Bulanan Keluarga Anda
June 7, 2022 Syafia Hani

Terdapat pelbagai cara untuk untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan kita, tidak kiralah sama ada bujang atau pun berkeluarga. Salah satu caranya adalah kurangkan komitmen perbelanjaan bil telefon kita. Ini adalah antara 5 cara untuk anda kurangkan perbelanjaan telefon bulanan anda, terutamanya bagi anda yang sudah berkeluarga.

1. Pilih Pakej Telco Yang Terbaik Untuk Kegunaan Harian Anda

Kita semua sedia tahu, setiap syarikat telekomunikasi akan menawarkan pelbagai jenis pelan. Ada pelan pascabayar, ada juga pelan prabayar. Semuanya bergantung kepada cara penggunaan anda.

Jika anda seorang yang sering bergantung kepada sambungan Wi-Fi dan tidak ingin terikat dengan mana-mana kontrak, pelan prabayar adalah untuk anda. Bagi pelan ini, data internet anda akan berkelajuan rendah untuk sementara jika anda telah menggunakan sepenuhnya data dan kredit yang dibeli. Anda boleh mengaktifkan dan melajukannya semula selepas membuat tambah nilai bagi pelan ini. Langkah ini sesuai untuk anda yang komited dalam berjimat agar tidak membuat pembayaran berlebihan.

Tetapi bagi sesetengah orang, kelajuan internet yang perlahan sangatlah menjengkelkan. Oleh sebab itu, jika anda seorang yang mementingkan keselesaan penggunaan internet, boleh memilih untuk melanggan pelan pascabayar. Tidak perlu pening kepala untuk membuat tambah nilai, langgan sahaja pelan pascabayar dan tetapkan pengebilan secara automatik untuk dapatkan lebih lagi kemudahan.

Pelan pascabayar adalah untuk pengguna internet tegar dan ingin menikmati data tanpa had tanpa sebarang masalah. Ini kerana kebiasaannya pelan pascabayar akan ditawarkan dengan penawaran yang lebih berbaloi, seperti panggilan dan internet tanpa had. Malah, ada juga pakej dibawah pelan pascabayar ini yang menawarkan potongan harga jika melanggan servis kombo mereka, seperti telefon pintar bersama internet bulanan atau juga pakej internet telefon bersama internet rumah. Jadi, sekiranya anda ingin menikmati lebih banyak kelebihan langganan, boleh melanggan pelan pascabayar.

2. Hadkan Penggunaan Internet

Kebiasaannya, setiap pakej yang dilanggan akan diberikan kuota internet yang tertentu untuk digunakan dalam satu tempoh masa. Contohnya, anda akan menerima 10GB kuota internet berkelajuan tinggi untuk digunakan dalam tempoh masa sebulan. Tetapi jika kuota ini habis digunakan sebelum tamat tempohnya atau telah mencapai had FUP yang ditetapkan, anda akan merasai sedikit gangguan internet yang tidak lancar.

Untuk yang belum mengetahui, FUP ini adalah had yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi untuk pengguna mereka. Dalam erti kata lain, walaupun pelan tersebut diletakkan slogan “Data Tanpa Had”, penawaran internet berkelajuan tinggi yang ditawarkan masih lagi mempunyai hadnya yang tersendiri. Oleh itu, jika anda tidak mahu membuat bayaran tambahan, anda disarankan untuk hadkan penggunaan internet ketika diluar rumah dan bergantung kepada sambungan Wi-Fi awam sahaja.

Jadi, disini syarikat-syarikat telekomunikasi akan bersaing siapakah yang akan menawarkan kadar FUP yang paling tinggi. Antara salah satunya yang kami tahu adalah Digi, iaitu dengan kadar FUP sehingga 999GB untuk penggunaan peribadi. Namun perlu diingatkan, had ini tidak boleh digunakan untuk perkongsian hotspot. Tidak perlu risau mengenai ini kerana Digi menawarkan kuota hotspot 1GB sehingga 5GB bagi setiap talian pada setiap bulan untuk pelanggan mereka yang mendaftar dan melanggan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini.

3. Pertimbangkan Untuk Kongsikan Pelan Pascabayar Bersama Keluarga Anda

Seperti yang kita tahu, selain daripada penawaran daripada pakej langganan biasa, ada juga pakej yang disasarkan khusus untuk perkongsian bersama keluarga atau juga sekumpulan rakan-rakan. Pakej ini kebiasaannnya daripada pelan pascabayar. Jadi, anda juga boleh mempertimbangkan dan berbincang dengan ahli keluarga atau rakan untuk bersepakat melanggan pakej perkongsian ini. Hal ini kerana, kebiasaannya pakej perkongsian ini mempromosikan penawaran kombo pada harga yang lebih berbaloi.

4. Cari Tawaran Yang Lebih Berbaloi

Apabila bercakap mengenai penawaran dengan harga yang berbaloi, ada beberapa aspek yang anda perlu pertimbangkan. Antaranya adalah anda perlu pertimbangkan prestasi liputan internet mudah alih di kawasan rumah anda sama ada baik atau tidak, kadar purata penggunaan internet yang sering digunakan oleh seisi keluarga, berapa kadar internet berkelajuan tinggi yang ditawarkan dan juga aspek sampingan lain, seperti penawaran pakej bersama internet rumah, kadar rebat yang diterima dan tempoh kontrak langganan.

5. Tukar Pelan Telekomunikasi Anda Kepada Digi Postpaid Family Unlimited

Jika anda sedang mencari pakej yang dapat menjimatkan perbelanjaan telefon bulanan seisi keluarga anda, Digi Postpaid Family Unlimited ini menawarkan satu pakej untuk keluarga yang mana harga langganannya adalah bermula daripada RM200/sebulan. 

Ia didatangkan dengan 1 talian utama dan 2 talian tambahan (Digi Postpaid Family 45 Unlimited) dimana 2 talian tambahan ini akan menerima rebat sepanjang langganannya. Melaluinya, pengguna dapat menikmati internet tanpa had yang laju serta panggilan suara tanpa had untuk semua rangkaian bagi 1 talian utama dan 2 talian tambahan yang tersedia di dalam pelan ini. 2 talian tambahan ini dapat menikmati sehingga 1,000 SMS percuma bagi talian utama dan 300 SMS percuma bagi talian keluarga. Ini merangkumi untuk semua rangkaian dan juga 1GB hotspot untuk talian utama bagi setiap bulan.

Anda juga boleh menambah sehingga 4 talian tambahan dengan bayaran RM45 bagi setiap talian. Ini membolehkan anda untuk menikmati sehingga 7 talian secara keseluruhannya. Kesemua talian tambahan ini akan diberikan 300 SMS secara percuma bersama 1GB hotspot setiap bulan. Ini bermaksud jika anda mempunyai 2 hingga 6 orang tanggungan yang perlu menggunakan internet setiap hari, anda boleh menggunakan pakej terbaru Digi ini.

Digi juga menawarkan pakej dengan rebat kepada anda yang melanggan pakej ini bersama pelan internet fiber mereka. Anda boleh memilih pakej Digi Fibre 150 dimana kelajuan internetnya adalah 300Mbps dengan komitmen hanya RM100 sahaja sebulan sehinggalah ke pakej Digi Fibre 290 dimana anda dapat menikmati internet 1Gbps untuk langganan RM240 sahaja untuk sebulan.

Dari segi cara pembayaran, anda boleh memilih untuk membayar bil ini secara automatik. Caranya senang sahaja dan sebagai bonus, jika ini adalah pertama kali anda membuat pembayaran dengan kaedah ini, anda juga boleh dapatkan rebat sebanyak 5% untuk 6 bulan pertama. 

Pakej Digi Postpaid Family Unlimited ini juga mempunyai pilihan untuk tidak terikat dengan kontrak tahunan. Jadi, tiada lagi tekanan yang memaksa untuk teruskan langganan jika anda rasakan ia tidak lagi sesuai dengan perbelanjaan kehidupan seharian anda dan seisi rumah. Tetapi anda disyorkan untuk melanggan pelan dengan kontrak 12 bulan untuk menikmati lebih banyak kelebihan dan penjimatan daripada Freedom Add-Ons.

Kesimpulan

Jadi bagaimana? Pelan terbaru dari Digi ini kelihatan menarik dengan penawaran pakej keluarganya. Melalui langganan ini, anda boleh menikmati pelbagai kemudahan serta kelebihan daripada Digi. Antaranya adalah ia memberi keselesaan kepada komitmen bulanan anda, tiada tempoh kontrak, dapat rebat tambahan dan yang penting sekali anda dapat berjimat lebih dengannya. Malah, Digi juga menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy A7 Tab Lite bernilai RM699 dan juga naik taraf kuota hotspot bermula 1GB hingga 5GB setiap bulan secara percuma. Tetapi dengan syarat, anda perlulah melanggan pelan ini bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2022. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk melanggan pelan Digi Postpaid Family Unlimited terbaru ini.

Penafian : Advertorial Daripada Digi

Komen