Grab kini telah mula menawarkan kemaskini untuk para pengguna aplikasi mereka, sekaligus menjenamakan semula tab GrabPay atau pembayaran kepada kewangan GrabFin.
Dengan langkah ini, ia sekaligus mengubah bahagian tab berkenaan, memperlihatkan ia bukan sekadar untuk pembayaran, tetapi meliputi perkhidmatan kewangan yang lebih meluas.
Buat masa ini, ia sekadar penjenamaan sahaja, dan tiada sebarang perkhidmatan baharu yang ditambah. Mungkin kita boleh melihat perubahan dan penambahan hadir – selari dengan Grab yang telah menerima lesen bank digital.