OnePlus kini agak aktif dalam mengeluarkan telefon pintar sejak beroperasi sepenuhnya dibawah Oppo. Selari dengannya, sebelum ini desas-desus telah mengatakan OnePlus akan memperkenalkan telefon boleh-lipat dengan rekaan seumpama Oppo Find N.
Kini, info lanjut hadir, mengatakan OnePlus akan memperkenalkan telefon boleh-lipat pertama mereka pada 2023 kelak.
OnePlus dijangka akan memperkenalkan lebih daripada satu telefon boleh-lipat. Sekiranya mengikut konsep Samsung, kita mungkin melihat satu peranti berskrin besar yang boleh dilipat seperti buku, dan satu lagi variasi telefon boleh-katup.

Info lanjut berkaitan dengan peranti boleh-lipat OnePlus ini masih tidak diketahui buat masa ini.