Carian
LiveWire S2 Del Mar Ialah Motosikal Elektrik Kedua Harley Davidson Yang Lebih Mampu Milik
May 12, 2022 Effi Saharudin

Percubaan sulung Harley Davidson mengeluarkan motosikal elektrik menerusi jenama LiveWire kurang menjadi kerana harga jualan terlalu tinggi dan tidak menarik minat pengguna Harley yang biasa. Kini LiveWire melancarkan model kedua mereka S2 Del Mar yang lebih mampu milik selepas mempelajari beberapa kesilapan lalu.

Motosikal ini dilengkapi motor 80 kuasa kuda yang menawarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat. LiveWire tidak pula berkongsi kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh S2 Del Mar. Dengan sekali caj, bateri boleh menawarkan perjalanan sehingga 160 km. Dari segi prestasi, S2 Del Mar mempunyai spesifikasi lebih rendah berbanding LiveWire One.

Tetapi ini tidak mengapa kerana ia hanya seberat 200 kilogram yang adalah 25% lebih ringan berbanding One. Ini dilakukan menggunakan bahan binaan modular dan aluminium. Kesemua LiveWire S2 Del Mar edisi terhad sebanyak 100 unit telah terjual dalam masa 18 minit sahaja. Model pengeluaran sebenar yang dijual pada harga bermula $15,000 (~RM61,500) akan dijual bermula tahun hadapan.

Komen