Cari @ Amanz

Twitter Dash Adalah Permainan Yang Mengajar Pengguna Mengenai Polisi Privasi Twitter

Link Copied!

Privasi, sekuriti dan keselamatan digital adalah perkara paling penting dalam sesuatu perkhidmatan digital, tidak kiralah permua atau aplikasi ataupun platform sosial media. Walaupun setiap syarikat ada menjelaskan polisi privasi mereka dan sebagainya, tidak ada siapa yang selamat 100% kerana mesti ada sejarah data dicerobohi, tertiris atau dicuri.

Untuk meyakinkan lagi pengguna, setiap mereka ini akan menawarkan ciri dan fungsi baharu untuk memperketatkan lagi sekuriti serta menjaga data dan keselamatan pengguna.

Twitter terkini hadir dengan satu permainan web baharu untuk menjelaskan kepada orang ramai, posisi privasi baharu mereka. Permainan web ini adalah Twitter Dash.

Dunia dalam Twitter Dash adalah Twitterverse dan data adalah watak utama di bandar PrivaCity. Data perlu mengelak kucing iklan, berenang di lautan DM, bertempur dengan penghasut maya sambil belajar cara untuk mempunyai pengalaman penggunaan Twitter yang lebih selamat.


Komen ()