Facebook Pay Bakal Dijenamakan Semula Sebagai Meta Pay

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta hari ini berkongsi mengatakan platform pembayaran mereka yang kini dikenali sebagai Facebook Pay bakal dijenamakan semula sebagai Meta Pay.

Pada hari ini, platform Facebook Pay digunakan untuk menguruskan pembayaran pada platform Facebook, Instagram dan WhatsApp – namun terhad mengikut negara. Sebagai contoh, di Malaysia, Facebook Pay hanya boleh digunakan pada Facebook sahaja.

Dengan penjenamaan semula ini, ia akan memudahkan lagi pengguna menggunakan platform pembayaran berkenaan pada arena metamesta yang dibangunkan Meta kelak.

Sebelum ini sendiri, Meta telah melakukan beberapa perubahan nama produk. Ini termasuk Oculus Quest yang dijenamakan kepada Meta Quest, selain Facebook Portal yang dipanggil Meta Portal.

komen


© Amanz / 2022 Kami