Android Auto telah dikemaskini hari ini dengan antaramuka baharu yang akan membuatkan penggunaannya lebih selesa dan selamat di dalam kereta. Tiga ciri yang paling kerap digunakan pengguna Android Auto iaitu navigasi, media dan komunikasi diberikan tumpuan oleh Google.
Ketiga-tiga ciri ini akan sentiasa terpapar pada skrin dengan menggunakan mod multi tetingkap. Dengan ingin ketiga-tiga ciri paling penting boleh digunakan serentak tanpe perlu melakukan pertukaran aplikasi.
Android Auto juga direka untuk digunakan oleh semua jenis nisbah skrin yang wujud dalam kereta moden. Selain itu Assistant akan memberikan saranan kepada pengguna untuk berkongsi kepada sanak saudara atau rakan tentang bilakah mereka akan tiba ke destinasi misalnya.
Arahan suara masih lagi dikekalkan supaya pemandu boleh menggunakan Android Auto tanpa perhatian terganggu. Apabila kenderaan tidak bergerak pula, pengguna boleh menikmati aplikasi penstriman seperti YouTube, Tubi dan Epix dengan selesa kerana disokong pada skrin kenderaan yang lebih besar.