Carian
Kelak Wear OS Akan Hadir Dengan Ciri Panggilan Kecemasan Emergency SOS
May 13, 2022 Effi Saharudin

Terdapat banyak ciri baharu diumumkan ketika acara Google I/O yang berlangsung awal pagi semalam. Yang kurang diberikan perhatian tahun ini ialah Wear OS dengan lebih banyak tumpuan diberikan kepada perkakasan Pixel Watch yang belum dilancarkan.

Bagi pengguna ekosistem Wear OS, Google akan mengatakan bahawa ciri Emergency SOS akan akhirnya diperkenalkan menjelang penghujung tahun ini. Pengguna boleh melakukan panggilan kecemasan dengan pantas kepada ahli keluarga terdekat atau terus ke agensi keselamatan apabila diperlukan terus dari pergelangan tangan.

Ini akan akhirnya meletakkan Wear OS setanding dengan ciri yang telah ditawarkan oleh WatcOS dan Tizen sebelum ini. Jam-jam yang akan diberikan sokongan dan cara bagaimana akan berfungsi kelak tidak pula didedahkan pada waktu ini.

Komen