Aplikasi Google TV Kelak Boleh Siar Apa Jua Kandungan Platform Penstriman Terus Ke TV

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Play Movies & TV telah dijenamakan semula sebagai Google TV selari dengan sistem operasi pada beberapa dongel TV dan TV pintar terpilih. Aplikasi Google TV ini boleh dikatakan adalah satu hab hiburan untuk pengguna lihat senarai filem, siri TV atau rancangan untuk dibeli, sewa atau melihat senarai kandungan daripada pelbagai platform penstriman.

Aplikasi ini menyokong banyak platform penstriman seperti Prime Video, Dinsey+ dan banyak lagi. Dalam kemaskini akan datang, Google akan membenarkan pengguna menyiarkan apa jua kandungan dari mana-aman sahaja platform penstriman daripada telefon terus ke TV pengguna. Ini bermakna pengguna tidak lagi perlu buka aplikasi platform penstriman lain, tekan sahaja butang Watch on (nama TV) dan TV akan terus buka aplikasi yang sepatutnya.

Contoh yang Google beri, siri TV Bel-Air yang boleh ditonton di Peacock. Buka aplikasi Google TV, cari kandungan dan terus tekan butang tersedia, Bel-Air terus dimainkan di TV.

Aplikasi Google TV turut akan menjadi alat kawalan main semula aplikasi tadi. Buat masa ini, ciri ini masih lagi dalam pembangunan. Google menjanjikan ia akan tiba pada tahun ini dan tidak pasti sama adakah ia ciri terhad untuk Android TV 13 atau hanya kemaskini aplikasi sahaja.

Dalam semakan saya, aplikasi Google TV di Malaysia tidak menyokong hab hiburan untuk ciri di atas. Hanya akaun negara terpilih seperti Amerika Syarikat dapat menggunakan ciri ini, Malaysia masih terhad dengan beli atau sewa sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami