Cari @ Amanz

Celcom kini menyasarkan untuk terus mengukuhkan liputan rangkaian 4G di Sabah dan Sarawak menjelang penghujung tahun 2022 ini.

Mengikut sasaran Celcom, mereka ingin meliputi 92% kawasan berpenduduk di Sarawak dengan 4G LTE, dan 85% kawasan berpenduduk di Sabah dengan rangkaian sama.

Celcom menyatakan kedua-dua negeri berkenaan adalah penting untuk mereka, dan akan terus melabur dalam menaik-taraf rangkaian di sana.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd