Pembantu Maya Sonos Voice Menggunakan Suara Gustavo Fring

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sonos akan melancarkan pembantu maya mereka sendiri yang diberikan nama Sonos Voice pada Jun hadapan. Seperti Assistant, Siri dan Alexa, penguna Sonos boleh mengawal peralatan audio Sonos dengan arahan suara dan menyerunya. Yang menjadikan Sonos Voice menarik ialah ia akan menggunakan suara pelakon terkemuka Giancarlo Esposito sebagai asas.

Giancarlo Esposito dikenali ramai kerana membawakan watak Gustavo Fring dalam siri Breaking Bad serta Better Call Saul dan juga Moff Gideon dalam siri The Mandalorian. Pemilihan suara beliau pastinya menarik kerana pembantu maya lain menggunakan suara insan yang tidak terkemuka sebagai asas.

Berdasarkan apa yang telah dikongsi oleh Sonos, suara beliau bukan satu-satunya yang akan diberikan sebagai pilihan kelak. Anda mungkin tidak mahu secara tiba-tiba terasa ingin membeli ayam goreng Los Pollos Hermanos semasa menggunakan Sonos Voice!

komen


© Amanz / 2022 Kami